Ryu Hyun-jin
Ryu Hyun-jin

Ryu Hyun-jin

MLBHyun-jin Ryu (Hangul: 류현진code: ko is deprecated ; Hanja: 柳賢振code: ko is deprecated ; Sebutan bahasa Korea: [ȴu.çʌndʑin]; lahir 25 Mac 1987) ialah pemain besbol Korea Selatan yang beraksi sebagai pelempar untuk pasukan Toronto Blue Jays di Major League Baseball (MLB). Beliau sebelum ini pernah mewakili pasukan Los Angeles Dodgers serta pasukan Liga KBO, Hanwha Eagles.Pada 2013, selepas menghabiskan tujuh musim bersama Eagles, beliau menjadi pemain pertama dari Liga KBO untuk menyertai pasukan MLB melalui "posting system". Semasa Siri Dunia 2018, Ryu menjadi pelempar pemula Korea pertama untuk tampil dalam aksi Siri Dunia. Pada 2019, Ryu menerima pemilihan pertama dalam kariernya untuk menyertai Perlawanan All-Star. Ketika musim yang sama, beliau merupakan pemain teratas dalam mencatatkan purata peroleh larian (ERA) terbaik iaitu 1.26 melalui 14 penglibatan pertamanya. Pencapaian itu juga menandakan bahawa beliau ialah pelempar Dodgers pertama mencatat rekod sedemikian semenjak pengenalan statistik tersebut pada 1912.[1]

Ryu Hyun-jin

Strikeout 899
Purata peroleh larian 3.28
Rekod menang–kalah 75–46